Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KBS siasat rawatan atlet gagal ujian doping
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 1:41 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Kementerian Belia dan Sukan dilapor sedang menjalankan siasatan terhadap rawatan diterima atlet negara yang gagal ujian doping.

Menterinya Khairy Jamaluddin bagaimanapun enggan mendedahkan nama atlet sehingga pemeriksaan lanjut mengesahkan atlet itu positif dadah, lapor Mstar hari ini.

"Kami telah mendapatkan nasihat pakar dan berbincang dengan pakar-pakar dadah untuk melihat apa yang boleh dilakukan sebagai langkah seterusnya.

“Kami masih mengumpul bukti," Khairy dipetik sebagai berkata oleh portal itu.

Khairy memberitahu The Star pada hari Isnin, ketika diminta mengulas laporan dalam StarSport berhubung atlet negara gagal dalam ujian secara rawak dijalankan dalam kejohanan utama.

Katanya, pertama kali beliau tahu mengenai perkara itu pada 2 Oktober apabila sebuah persekutuan antarabangsa memaklumkan kepada persatuan di Kuala Lumpur mengenai atlet yang gagal ujian dadah.

Lihat Komen
ADS