Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizalman dihantar ke NZ Jumaat ini
Diterbitkan:  Oct 22, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Bekas diplomat Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap wanita New Zealand, dijadual dihantar kembali ke negara itu Jumaat ini.

Beliau dijadual berlepas daripada Kuala Lumpur pada Jumaat malam dan sampai ke New Zealand pada Sabtu pagi.

Menurut stuff.co.nz ( Fairfax media ), Rizalman akan ditemani polis negara kiwi itu dalam pesawat dinaikinya.

Beliau akan berdepan pertuduhan terhadapnya di mahkamah selepas pulang ke Malaysia lima bulan lalu.

Atase tentera di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand itu didakwa membuat serangan seksual terhadap gadis tempatan 22 tahun, Tania Billingsley, selepas memecah masuk rumahnya.

Beliau pada 22 Mei kembali ke Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS