Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bukankah S'wak mampu turunkan harga elektrik'
Diterbitkan:  Oct 22, 2014 3:34 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

DAP Sarawak mengkritik Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem kerana berkata tarif elektrik dan air hanya akan dipotong jika negeri itu mendapat kenaikan royalti minyak dan gas.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, pembekal tenaga negeri Syarikat Sesco Bhd “mampu menurunkan tarif sehingga 30 peratus” walaupun tanpa tambahan royalti.

Kerajaan negeri sedang berunding dengan kerajaan persekutuan dan Petronas berhubung kenaikan royalti minyak dan gas daripada lima kepada 20 peratus seperti diminta oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei lalu.

“Saya gesa kerajaan negeri tidak cari alasan untuk lambatkan penurunan tarif elektrik di Sarawak terutamanya ketika berlaku peningkatan kos sara hidup dan untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya yang tidak mampu,” kata Chong.

Anggota parlimen Bandar Kuching itu juga berkata, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, Sesco menjana pendapatan RM2.31 bilion, menjadikan keuntungan sebelum cukai RM408.5 juta.

Adenan pada Ahad berkata, Sarawak perlu menambah pendapatan melalui royalti minyak sebelum dapat mengurangkan tarif air dan elektrik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS