Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (CBP) telah melepasi 100,000 syarikat setakat semalam.

Jumlah terkini ialah 100,358 buah, iaitu meningkat 2,226 syarikat berbanding Isnin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, statistik menunjukkan lebih banyak syarikat mendaftar untuk CBP sebelum tarikh akhir pada 31 Dis 2014.

Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah sistem percukaian baharu itu yang akan dilaksana bermula 1 April 2015.

- Bernama

Lihat Komen
ADS