Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak sampai wujud mafia Kuala Sepetang'
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 11:42 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, keadaan jenayah di Kuala Sepetang, Perak tidak sampai ke tahap wujudnya kongsi gelap.

“Saya rasa, pemangku polis perak dah memberi kenyataan semalam.

“Kita tidak menafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang itu, tetapi bukanlah sehingga tahap wujudnya mafia dan sebagainya,” katanya ketika ditanya pemberita.

Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki 60-an yang mendapat jolokan “Robin Hood” menjadi dalang aktiviti penyeludupan di Pantai Barat Perak, termasuk Kuala Sepetang.

Lelaki itu dikatakan menderma sebahagian hasil kegiatan jenayahnya kepada golongan miskin, malah dianggap seperti 'wakil rakyat' di situ.

Digambarkan seperti mafia, Utusan melaporkan kumpulan itu kebal daripada tindakan penguatkuasa walaupun menteri dalam negeri sudah mengeluarkan arahan gempur habis-habisan.

Lihat Komen
ADS