Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco mahu MAIS ketat syarat lulus program
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 1:39 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Ahmad Yunus Hairi mahu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperbaiki kelemahan dan memperketat syarat kelulusan program yang menyentuh sensitiviti Islam demi menjaga kemaslahatan umat Islam di negeri itu.

“Saya cadangkan supaya MAIS perlu lebih bertegas dengan mengenakan syarat lebih ketat mengikut syariat Islam.

“MAIS juga perlu meneliti perkara lain yang memungkinkan penganjur mengambil kesempatan dengan kelulusan yang diberikan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Laporan itu juga menyebut, beliau yang juga pengerusi jawatankuasa adat Melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi percaya sekiranya kelulusan itu diperketat perkara seumpama itu tidak akan berulang.

ADUN Sijangkang itu mengulas kontorversi acara “Saya Mahu Sentuh Anjing” di Bandar Utama, Petaling Jaya, didakwa bertujuaan membantu khususnya umat Islam mengatasi persepsi negatif terhadap haiwan itu, Ahad lalu.

Lihat Komen
ADS