Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Fokus isu anjing, bir buat M'sia ketinggalan'
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 3:33 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Disibukkan dengan politik remeh seperti pesta bir dan acara menyentuh anjing boleh menjejaskan persaingan serantau Malaysia, kata kolumnis Bloomberg .

William Pesek berkata, Malaysia boleh ketinggalan di belakang Indonesia, yang dilihat akan membangun cepat bawah presiden barunya Joko Widodo atau Jokowi.

Pesek menambah, kebangkitan Jokowi memanjat ke puncak kuasa daripada “tiada siapa-siapa” dengan sendirinya menunjukkan Indonesia cenderung kepada persaingan dan meritokrasi.

Malaysia sebaliknya, yang “secara teknikalnya sekular”, menggunakan agama untuk mempertahankan kuasa ketika menangani isu Oktoberfest dan sama ada orang Islam patut dibenarkan menyentuh anjing.

“Kegagalan Malaysia amat mengecewakan kerana ia sangat tidak perlu,” katanya.

Katanya, Malaysia patut segera merobohkan halangan persaingan dan bukannya melayan “isu-isu sampingan”.

“Malaysia patut ingat bahawa globalisasi membolehkan semua ekonomi berkembang cepat.

“Jika negara mereka enggan menjadi terbuka dan menjadi meritokrasi sebenar – tempat yang sosok seperti Jokowi boleh naik ke tampuk kuas melalui peti undi – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina akan mencuri pelaburan dan industri.

“Kemudian masalah yang mereka tumpukan hari ini tidak akan nambak begitu besar,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS