Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO harap PBB bersuara pada k'jaan M'sia
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 4:40 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Kumpulan NGO hak asasi manusia merayu agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan bersuara pada kerajaan Malaysia berhubung tindakan pihak yang cuba mengusir masyarakat Orang Asal dari kawasan Empangan Baram di Sarawak.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga badan tersebut – Jaringan Orang Asli SeMalaysia (Joas), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Sungai Antarabangsa (International Rivers) –

membangkitkan mengenai sekatan ke tapak projek tersebut yang dimusnahkan pihak berkuasa.

Sekatan di laluan utama itu didirikan oleh masyarakat Kenyah, Kayan dan Penan bagi menghalang pembalak dan pemaju empangan – syarikat Sawarak Energy (SEB) – daripada memasuki kawasan tersebut.

Rayuan berkenaan diserahkan semalam kepada wakil khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Victoria Tauli- Corpuz.

"Rayuan itu untuk meminta agar beliau meningkatkan kesedarannya dengan kerajaan Malaysia mengenai tindakan mereka yang mahu menghapuskan hadangan itu," kenyataan itu dipetik.

Tindakan untuk merempuh sekatan itu disetai kira-kira 50 orang anggota polis dan 10 kakitangan Jabatan Perhutanan.

Menurut gabungan badan hak asasi tersebut, empangan berkenaan akan menenggelamkan 26 buah kampung, 400 kilometer tanah persegi dan menyesarkan antara 6,000 hingga 20,000 orang dari kawasan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS