Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penganjur kempen 'Saya Mahu Sentuh Anjing' tetap gembira kerana program pada hujung minggu lalu berjaya mendidik bukan Islam memahami batas orang Islam dalam mengendalikan anjing.

"Saya rasa kita berjaya mendidik lebih daripada 80 orang bukan Muslim cara untuk melakukan sertu (samak).

"Mereka kini lebih faham sebab Muslim tak boleh sentuh anjing.

"Jadi apabila mereka membawa anjing berjalan-jalan atau mempunyai jiran beragama Islam, mereka tahu batasnya," kata penganjur kempen itu, Norhayati Ismail dalam sidang media pagi ini.

Menurutnya lagi, program itu juga berjaya menjangkau kira-kira 400 bukan penganut Islam yang tidak perlu pergi ke masjid untuk belajar mengenai kaedah itu.

"Saya gembira apabila kira-kira 400 orang bukan Muslim duduk di padang dan mendengar dakwah Ustaz Iqbal," kata Norhayati merujuk kepada Mohd Iqbal Parjin yang dijemput memberi ceramah pada program itu.

Norhayati bagaimana pun kesal dengan liputan negatif terhadap program itu yang didakwa dibuat oleh media yang tidak hadir pun pada program itu.

"Saya mengikuti laporan media dan saya dapati mereka yang membuat liputan negatif, tidak ada pun di sana.

"Kami ada senarai media (yang hadir)," katanya.

Lihat Komen
ADS