Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jadikan isu tanah rizab agenda nasional'
Diterbitkan:  Oct 26, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus dijadikan agenda nasional supaya pihak berkuasa dapat merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah itu.

    

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan pendedahan oleh media baru-baru ini menunjukkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus.

    

"Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu sendiri agar segera memberi perhatian tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini supaya tindakan diambil dan (tanah) diganti.

    

"Selain itu, Perkasa juga mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas (berhubung tanah rizab Melayu) dan kita minta supaya usaha mengganti tanah rizab Melayu yang hilang ini sebagai satu agenda nasional," katanya.

    

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di ibu negara, hari ini.

    

Ibrahim turut mencadangkan kerajaan menghentikan pemberian tanah sebagai anugerah kepada mana-mana pihak dan tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan hendaklah dijadikan tanah rizab Melayu untuk menggantikan tanah rizab yang telah hilang.

    

"Tanah rizab Melayu ini kalau nak dibangun, bangunkan dengan projek-projek perumahan yang mampu dibeli oleh rakyat yang berharga RM120,000 ke bawah," katanya.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS