Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Di Sweden, raja boleh dikritik, kata aktivis
Diterbitkan:  Oct 27, 2014 9:58 AM
Dikemaskini: 2:10 AM

Setelah lari meninggalkan negara ini kerana mengkritik institusi beraja di Malaysia, tindakan aktivis sosial Ali Abd Jalil mencari suaka di Sweden, yang mempunyai raja yang memerintah, mungkin dilihat sebagai satu pilihan yang ironis.

 

Tetapi menurut Ali, tidak seperti Malaysia, Raja Sweden adalah lebih terbuka kepada kritikan.

 

"Di Sweden, terdapat kebebasan untuk bercakap. Rakyat boleh  mengkritik atau mengatakan sesuatu terhadap institusi beraja," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual.

Selain itu, katanya, masyarakat di Sweden kurang feudalistik kerana raja mereka dirujuk seperti mana-mana rakyat yang lain.

 

"Tidak ada keperluan untuk menggunakan kata-kata seperti 'Duli Yang Maha Mulia' mengadap sembah, berdaulat, Patik...

"Semua orang dilayan seperti seorang manusia, ia tidak kira sama ada anda seorang raja, seorang pekerja, doktor, pelajar atau sesiapa pun," katanya.

Tambahnya, masyarakat di sana juga tidak mengancam orang yang mengkritik institusi beraja seperti bagaimana kumpulan sayap kanan yang didakwanya telah mengugut untuk membunuhnya di Malaysia.

 

Ali telah ditangkap empat kali dan didakwa atas sekurang-

kurangnya tiga tuduhan menghasut selepas 22 hari ditahan kerana mengkritik institusi beraja di Facebook, tetapi menegaskan bahawa dia tidak melakukan kesalahan.

 

"Itu semua hanya kerana Facebook. Saya tidak meminta sesiapa untuk membunuh sesiapa pun, saya tidak meminta orang ramai melakukan jenayah atau apa-apa pun, saya hanya mengkritik kerajaan dan sultan," katanya.

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS