Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TBH: Pendakwaan mula jika keterangan kukuh
Diterbitkan:  Oct 30, 2014 8:53 AM
Dikemaskini: 8:32 AM

Pendakwaan terhadap kes kematian mendiang Teoh Beng Hock akan dimulakan sekiranya keterangan didapati kukuh dan mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

    

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menubuhkan satu pasukan penyiasatan khas bagi membuka semula siasatan terhadap kes kematian Beng Hock.

    

"Jabatan Peguam Negara akan mengkaji semula dan membuat keputusan setelah siasatan tersebut selesai. Sekiranya keterangan mengikut keadaan didapati kukuh dan mencukupi untuk mewajarkan pendakwaan, maka pendakwaan akan dimulakan," katanya.

    

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di persidangan Dewan Rakyat semalam.

Mahkamah Rayuan pada 5 September mengetepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Beng Hock 5 tahun lepas, dengan memutuskan "seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya".

    

Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam adalah pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

    

Beliau sebelum itu dipanggil SPRM merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS