Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE: Jaminan PPS dilanjut kerana tiada bukti
Diterbitkan:  Oct 30, 2014 3:35 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Lanjutan tempoh jaminan terhadap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri sehingga 1 Disember ini ekoran kurang bukti konkrit untuk mendakwa mereka di mahkamah, kata ketua menteri Pulau Pinang.

“Kami sedia menyediakan bukti di mahkamah bahawa penangkapan 157 anggota PPS pada hari merdeka dibuat tanpa asas.

“Kami akan pertahanan PPS di mahkamah kerana mereka hanya menjalankan tugas dalam kejadian bencana alam dan kerja-kerja kemasyarakatan,” kata Lim Guan Eng ( kiri ) yang juga setiausaha agung DAP.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari ini.

Tempoh jaminan terhadap anggota PPS Pulau Pinang disambung kali kedia sehingga 1 Disember selepas berakhir semalam.

Sebahagian mereka dilihat melapor diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, termasuk Pengerusi PPS yang juga exco kebajikan negeri Phee Boon Poh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer.

Bernama melaporkan Rayer sebagai berkata, pihaknya dimaklumkan kertas siasatan masih berada di Jabatan Peguam Negara dan penangguhan diberi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS