Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB S'gor kata hormati fatwa terhadap SIS
Diterbitkan:  Nov 2, 2014 2:38 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Menteri Besar Selangor Azmin Ali enggan mengulas berhubung fatwa kontroversi yang menganggap NGO Sisters in Islam (SIS) sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam, selain daripada meminta keputusan itu dihormati.

"Keputusan telah dibuat dan saya rasa ia patut dihormati," katanya dipetik sebagai memberitahu The Sun Daily semalam.

Menurut laporan itu, Azmin - yang menjawat jawatan berkenaan lebih sebulan lalu - enggan mengulas lanjut sekalipun disoal mengenainya.

Jumaat lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengharamkan kumpulan wanita Islam terbabit selepas menyedarinya melalui carian di laman e-fatwa MAIS pada 20 Oktober lalu.

Fatwa itu telah digazetkan di Selangor pada 31 Julai tanpa mendapat perhatian umum.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS