Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa usir ikrar jadikan Komtar rumah orang tua

Sekumpulan 13 keluarga yang membantah tindakan merobohkan kediaman mereka di Sungai Nyior, Butterworth, mengadakan protes duduk bantah depan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.

Pegawai keselamatan Komtar telah mengunci pintu masuk ke pejabat tersebut.

Jurucakap kumpulan tersebut Samuel Walter berkata keluarga terbabit telah diarah untuk keluar pada Jumaat ini walaupun mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya.

Walter berkata kumpulan itu berada di bangunan Komtar hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng - yang merupakan ahli parlimen mereka.

Katanya, penduduk itu telah mengundi Lim tetapi setiausaha agung DAP itu didakwa tidak bertemu mereka berhubung isu itu.

ADUN Bagan Dalam A Thanasekaran hadir bersama-sama para peserta protes.

"Jika kami tidak mendapat jawapan sampai Jumaat ini, kami akan tukar Komtar jadi rumah orang tua.

"Orang tua ini yang terkesan dengan perobohan itu akan datang ke sini dengan bantal dan tilam kerana mereka tak ada tempat nak pergi," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS