Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau menerima arahan untuk memohon mahkamah memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan rayuan kes Liwat II.

Shafee berkata beliau menerima arahan daripada peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan memaklumkan kepada panel hakim yang dipengerusikan ketua hakim Tan Sri Ariffin Zakaria sebaik selepas prosiding bermula hari ini.

 Beliau memetik dua laporan yang disiarkan Malaysiakini dan satu lagi yang disiarkan portal The Malay Mail Online .

Peguam kanan itu memetik dua perenggan terakhir dalam laporan Malaysiakini bertajuk ‘Go back to lawschool’.

 

Beliau bagaimanapun tidak membacakan laporan The Malay Mail Online.

 

Shafee mendakwa Anwar sebelum ini menyeret Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke ruang skandal dengan kenyataannya dan kini membuat perkara sama ke atas Mahkamah Persekutuan.

Ekoran itu, beliau memohon agar Anwar diseret ke mahkamah atas kesalahan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS