Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penyelesaian berhubung rampasan Bible masih dibincangkan dalam pertemuan mingguan dengan Sultan Selangor, kata Menteri Besar Azmin Ali.

Beliau berkata isu itu antara hal pentadiran lain di negeri itu yang dibangkitkan dan ia merupakan pertemuan biasa dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung setiap Selasa.

"Dalam pertemuan seperti itu, banyak isu yang dibangkitkan, termasuk cara untuk menyelesaikan isu Bible dengan cara harmoni dan tidak mencetuskan ketegangan agama di Selangor.

"Ini adalah asas yang diambil kira dalam menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Isnin lalu, Azmin berkata beliau mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi merangka formula untuk memulangkan kitab itu kepada komuniti Kristian.

Katanya, beliau akan merujuk perkara ini kepada Sultan Selangor berhubung perkara itu kerana kitab itu bukan milik orang Islam sebaliknya ia milik masyarakat Kristian yang harus dihormati.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS