Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memberi pilihan kepada, penggantinya, Datuk Seri Najib Razak sama ada mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan Umno merampas semula negeri Selangor.

“Itu terpulang pada Najib,” katanya ringkas ketika ditanya sekiranya bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor itu perlu memikul tanggungjawab tersebut.

Katanya lagi, pemimpin Umno Selangor yang lain juga perlu berundur kerana gagal membentuk kerajaan di tersebut, dua kali berturut-turut sejak pilihan raya umum 2008.

"Saya percaya bila kita dah lama dan tak berjaya, bagilah pada orang lain. Saya sendiri berhenti dan bagi tempat pada orang lain.

"Jadi, kalau kita tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah pada orang lain dan kita sokong orang lain.

“Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin. Kalau pemimpin nak sampai seumur hidup, payahlah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 hari ini.

Lihat Komen
ADS