Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB). yang kini menanggung beban hutang yang tinggi, sepatutnya tidak ditubuhkan sejak awal lagi.

Katanya, beban hutang yang ditanggung oleh 1MDB kini menunjukkan bahawa ia bukanlah “kekayaan negara” seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Sedangkan, firma tersebut sepatutnya menjadi dana kepada kekayaan negara, katanya lagi dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 hari ini

"1MDB ini dikatakan sebagai kekayaan negara tapi bukan kekayaan negara. Duit ini kita pinjam. Bila kita pinjam duit ini, kita kena bayar balik. Bermakna itu bukan kekayaan.

"Kalau rugi, lagi banyak masalah dan kos. Kita nampak rugi itu kerana kos itu kekal tinggi.

"Saya fikir itu (1MDB) tak ada pun tak apa," katanya lagi, mengulas mengenai projek yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Lihat Komen
ADS