Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terkait dengan LGBT, NGO gesa 'boikot' Ambank
Diterbitkan:  Nov 12, 2014 9:00 PM
Dikemaskini: 2:09 PM

Umat Islam digesa mengkaji semula urusan mereka dengan AmBank Malaysia Holdings Bhd, berikutan kerjasama bank itu dengan syarikat insurans Amerika, Metlife International Holding.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengaitkan Metlife dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

NGO Melayu itu membangkitkan tindakan buletin syarikat memuatkan laporan berkaitan Metlife yang menerima anugerah “Tempat Kerja Terbaik untuk LGBT 2013” melalui Kempen Hak Asasi Manusia 2013.

“Pada awalnya pihak kami amat terkejut tetapi mula mempercayainya berdasarkan dokumen serta risalah yang ada pada pihak kami,” kata Presiden JMM Azwanddin Hamzah.

JMM justeru mendakwa, Metlife memperdaya umat Islam di negara ini secara halus melalui produk takaful yang dipromosinya.

“Ini merupakan agenda besar yang berniat jahat mengaburi penglihatan perbankan khasnya perbankan Islam di negara ini,” ujarnya.

“JMM kini juga menyeru umat Islam di negara ini supaya mengkaji semula dan menolak sebarang urus niaga yang berkaitan dengan jenama Ambank ini,” katanya.

Lihat Komen
ADS