Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam menolak gesaaan Persatuan Farmasi Malaysia agar semua ubat-ubatan ditetapkan berkadar sifar bawah cukai barangan dan perkhidmatan.

“100 peratus? Tidak boleh,” kata Subramaniam dalam satu sidang media hari ini.

Menteri itu bagaimanapun berkata ia bukanlah dasar jangka panjang dan kadar tersebut boleh disemak semula di masa hadapan.

“GST sangat dinamis, ia boleh diubah dari masa ke semasa,” jelasnya.

MPS kini sedang menjalankan kempen mengumpul tandatangan untuk mengemukakan rayuan tersebut kepada kerajaan.

 

Presidennya, Nancy Ho dalam kenyataan pada Rabu lalu berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengenakan cukai ke atas pihak yang “sakit dan memerlukan ubat-ubatan”.

Subramaniam bagaimanapun berkata: “Rakyat Malaysia mahu semua barang berkadar sifar. Jika anda boleh buat begitu, kita tidak perlukan GST langsung”.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS