Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebarang surat sokongan oleh menteri kewangan mesti dibawa ke kabinet sebelum dikeluarkan kerana ia dianggap sebagai satu "jaminan berdaulat", kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia perlu diserahkan untuk perhatian kabinet. Prosedur sebegini tidak boleh dimanipulasi.

"Jika ia (prosedur ini) dipertikaikan oleh kerajaan, maka ia perlu dirujuk kepada pakar perundangan.

"Sebarang surat sokongan ke atas sebarang projek dianggap sebagai satu surat jaminan - satu jaminan oleh kerajaan," kata Anwar pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurutnya, surat itu sedemikian juga hanya boleh dikeluarkan oleh menteri kewangan.

"Sebab itu dalam kes PKFZ, apabila ia ditandatangani oleh menteri pengangkutan ia dianggap menyalahi kaedah yang sedia ada," katanya lagi yang merupakan menteri kewangan di antara tahun 1992 hingga 1998.

Tak boleh persalah ketua audit

Menurut Anwar, ketua audit negara tidak boleh dipersalahkan apabila memberikan jawapan bahawa 1MDB tidak mempunyai sebab untuk diaudit.

Menurut Anwar, ketua audit negara mematuhi skop tugasan beliau yang hanya mengaudit jabatan kerajaan dan bukannya syarikat berkaitan kerajaan.

Menteri kewangan sebelum ini mengeluarkan surat menjamin bon bernilai RM9.6 bilion yang diraih 1MDB menerusi firma pelaburan Goldman Sachs International (GSI).

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa surat sokongan itu tidak wujud.

Namun, kelmarin dan semalam beliau dilaporkan mengaku akan kewujudan surat sokongan sedemikian rupa.

Dalam sidang medianya semalam, Ahmad menjelaskan bahawa kerajaan hanya menjamin RM5 bilion daripada hutang 1MDB yang sudah pun diambil kira sebagai liabiliti kontingen.

Lihat Komen
ADS