Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan biar kebebasan media di tangan taikun'
Diterbitkan:  Nov 13, 2014 3:18 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Stevan Gan mengingatkan pembaca supaya tidak membiarkan kebebasan media di negara ini dikawal dan dinikmati oleh golongan hartawan semata-mata.

Justeru, kata Steven, mahu atau tidak, pembaca harus menyokong apa yang mereka percaya dan tidak membiarkan dominasi golongan itu.

"Jika mereka tidak membayar untuk berita, banyak hartawan yang bersedia lakukannya.

“Dan akhirnya, hanya hartawan yang menikmati kebebasan akhbar, bukan rakyat Malaysia,” kata Steven.

Dalam tulisannya menjelang ulang tahun ke-15 Malaysiakini pada minggu depan, Steven berkata, suka atau tidak, harus diakui dunia maya tidak berbeza daripada dunia sebenar.

“Konglomerat besar media menuju ke arah dalam talian,” katanya.

“Dijangkakan kawalan dan dominasi yang kita lihat dalam media tradisional, akan turut berlaku dalam dunia atas talian.”

Operasi Malaysiakini akan genap 15 tahun pada 19 November depan.

Sambutannya akan diadakan dua hari kemudiannya di bangunan baru Malaysiakini @Kini di Petaling Jaya.

Sementara itu, Steven dalam tulisan panjangnya itu turut menegaskan bahawa serangan terhadap kebebasan media tidak hanya datang daripada pihak kerajaan, tetapi juga cabaran dunia perniagaan.

“Ancaman terhadap kebebasan media juga datang daripada lelaki dan wanita yang berpakaian seperti ahli perniagaan,” katanya.

Katanya, walaupun model laman berbayar sudah semakin popular dan pengiklanan atas talian melepasi TV buat pertama kalinya di Amerika Syarikat, landskap dunia maya nyata berbeza dengan pengiklanan tradisional.

Enjin carian, seperti Google, masih mengawal 50 peratus daripada pasaran dan bukannya syarikat media.

[Baca rencana penuh]

Lihat Komen
ADS