Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Isu 'serang Cina' hanya pembuka tirai?
Diterbitkan:  Nov 15, 2014 4:19 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sekiranya kenyataan beberapa pemimpin Umno yang “menyerang orang Cina” sejak seminggu lalu merupakan pembuka tirai bagi perhimpunan agung parti itu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lim berkata demikian dengan membangkitkan mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek dan juga kenyataan seorang anggota majlis tertinggi, Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

"Persoalan ramai pada masa ini adalah jika satu lagi serangan ganas ke atas orang Cina sedang dirancang – seperti siri serangan sebaik selepas pilihan raya umum ke-13,” kata Lim dalam ucapannya.

Shabery dilaporkan mendakwa orang Melayu kini berasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin sebuah parti pembangkang – membayangkan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Kenyataan Ibrahim pula berupa amaran bahawa orang Melayu tidak akan dapat memerintah lagi sekiranya BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas kenyataan tersebut, Lim berkata ia merupakan "putar belit, tidak bertanggungjawab, berbahaya dan jahat” dan “dirancang” untuk mencetus huru-hara.

Tambahnya, kenyataan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan bahawa perhimpunan agung parti tersebut akan membincangkan mengenai kedudukan sistem sekolah Cina.

Ini menunjukkan bukti bahawa isu kaum akan mengambil kedudukan utama di pentas tersebut, kata Lim.

MP Gelang Patah itu juga berkata, beliau bagaimanapun gembira kerana melihat sikap berbeza di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, dengan mengambil contoh MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang melancarkan buku 'Masa Depan, Masa Kita' dalam bahasa Cina.

“Ini lebih signifikan kerana pada tahun-tahun kebelakangan ini kita menyaksikan kebangkitkan politik retorik dan kebencian, sikap tidak bertoleransi dan ekstremisme yang menyebabkan polarisasi kaum dan agama yang paling buruk sejak empat dekad lalu,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS