Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan guna pemotong kuno untuk hudud?
Diterbitkan:  Nov 16, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Kerajaan Kelantan dijangka akan menggunakan gilotin bersaiz mini, alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia, bagi pelaksanaan undang-undang hudud.

The Star melaporkan, langkah itu diambil ekoran tidak perlu menggunakan pakar bedah untuk tujuan itu.

Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu memilih gilotin setelah dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar dilaporkan berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak perlu dikendalikan pakar bedah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea itu setelah menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar sumpah hippocrates (untuk menegakkan piawaian profesional dan beretika),” katanya.

Mohd Amar berkata, alat pemenggal itu lebih cepat memotong dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk mengendalikan tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor.

"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," beliau dipetik sebagai berkata.

Alat pemenggal yang diperkenalkan berabad-abad sebelum ini bagaimanapun telah dihapuskan atas alasan tidak berperikemanusiaan.

Ia dinamakan gilotin sempena orang yang memperkenalkannya, Dr Joseph Ignace Guillotine biarpun peralatan itu bukan ciptaannya.

Gilotin digunakan kali pertama pada 1792 di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier.

Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang disabitkan kesalahan membunuh.

Lihat Komen
ADS