Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjelaskan bahawa beliau tidak menuduh enam orang jutawan dan syarikat balak terlibat dengan rasuah seperti yang dilaporkan meluas oleh media hari ini.

Beliau seterusnya menyalahkan media yang didakwanya memutarbelitkan kenyataan tersebut.

“Ada sesetengah akhbar putar belit kenyataan saya.

“Apa yang saya kata, saya mahu mereka pantau subkontraktor, pengurus kem, bekalan dan pekerja dengan rapi kerana saya tidak mahu mereka gagal mematuhi ikrar,” kata Adenan.

Ia merujuk kepada “ikrar integriti korporat” yang ditandatangani oleh enam syarikat balak –  KTS Holding, RH Forest Corporation Sdn Bhd, Samling Shin Yang Group, Ta Ann Group and WTK Holding.

Majlis menandatangani ikrar tersebut disaksikan Adenan semalam.

Beliau mengakui bahawa masalah rasuah dan pembalakan haram “pada tahap serius” dalam industri pembalakan di negeri itu dan mahu syarikat balak tersebut membantu kerajaan memantau kesalahan itu.

Katanya, sekiranya pembalakan haram dan rasuah tidak dibentuk, kerajaan negeri akan menanggung kerugian jutaan ringgi dan nama baiknya juga terjejas.

Jelasnya, amarannya juga ditujukan kepada pembalak haram dan individu yang melakukan rasuah.

“Saya serius,” katanya.

Lihat Komen
ADS