Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR mengancam untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya kerajaan masih enggan menurunkan harga bahan api menjelang 1 Disember.

Naib presidennya, Rafizi Ramli berkata demonstrasi di Dataran Merdeka itu akan dijalankan sekiranya harga petrol RON95, RON97 dan diesel masih tidak diturunkan.

"Jika tidak, saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan memimpin satu demonstrasi mendesak harga minyak diturunkan pada 31 Disember 2014 di Dataran Merdeka," kata Rafizi.

Kerajaan pada hari Ahad lalu mengumumkan bahawa harga minyak RON95 akan diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

Bercakap lanjut, Rafizi mencabar kerajaan untuk menurunkan harga minyak sebagai ujian kepada hujah mereka bahawa harga barang akan turun apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Menurut Rafizi, beliau yakin penurunan harga minyak tidak akan menurunkan harga barangan.

Justeru, ia sekaligus menafikan hujah kerajaan bahawa GST akan menurunkan harga barang.

"Penurunan harga minyak akan menjadi ujian yang baik kepada hujah bahawa harga barang akan turun dengan pelaksanaan GST," katanya.

Lihat Komen
ADS