Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan mahu 'pukul' pihak terlibat 'surat kuning'
Diterbitkan:  Nov 20, 2014 11:35 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda akan “memukul” pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa menggunakan pengaruh istana untuk penerokaan tanah di Cameron Highlands.

Laporan Berita Harian menyebut, baginda juga serius untuk menangani perkara tersebut dengan meminta agar pihak berkuasa berhubung terus dengannya dan juga kerajaan negeri.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Kalau saya tahu, saya pukul dia (pihak terlibat dengan surat kuning),” titahnya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan akhbar minggu lalu yang mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.

Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.

Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.

Menurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.

Lihat Komen
ADS