Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis didakwa meminta sebuah portal pembayaran atas talian menyerahkan maklumat transaksi mereka bagi mengenal pasti pelanggan yang membeli buku kartunis terkenal Zunar.

Tindakan itu dipercayai sebahagian siasatan bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapi oleh Zunar, atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque.

Sebuah e-mel daripada MOLPay Sdn Bhd kepada kartunis itu memaklumkan, mereka menerima surat rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendedahkan senarai pelanggan.

“PDRM menghantar permohonan rasmi untuk MOLPay Sdn Bhd bagi membekalkan resit bayaran atas talian pelanggan yang membeli buku tersebut melalui laman web anda www.zunar.my , yang mana MOLPay tiada pilihan kecuali membekalkan mereka dengan maklumat yang dikehendaki,” e-mel daripada MOLPay dipetik.

Buku dipersoalkan itu berjudul "Komplot Penjarakan Anwar".

[Baca berita asal]


KAMLES KUMAR wartawan pelatih di Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS