Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pegawai kes Teoh layak naik pangkat, tak salah'
Diterbitkan:  Nov 20, 2014 9:55 PM
Dikemaskini: 2:04 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mempertahankan kenaikan pangkat Mohd Anuar Ismail, pegawai penyiasat kes berkaitan Teoh Beng Hock, yang dipertikaikan pembangkang dan anggota keluarga mendiang.

Low menegaskan Anuar melalui proses ketat, termasuk ujian ujian kompetensi dan penilaian yang diperaku serta tempoh perkhidmatannya lebih sepuluh tahun.

Malah, kata Low, siasatan polis dan siasatan dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen kesalahan jenayah dilakukan pegawai suruhanjaya itu.

“Malah selari dengan peraturan perkhidmatan awam, beliau tidak disabitkan dengan sebarang tuduhan dan kesalahan jenayah.

“Justeru, beliau wajar diberi pertimbangan untuk kenaikan gred sebagaimana pegawai-pegawai lain atas prinsip innocent until proven guilty (tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah),” katanya.

Low dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun berkata, sekiranya Anuar didapati bersalah, beliau akan kehilangan pangkat dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Menurut jawapan parlimen pada 17 November, Anuar pegawai penyiasat gred 44 semasa insiden 2009, kini menjawat jawatan gred 48.

Tarikh kenaikan pangkat Anuar tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, dua lagi pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu – Hishammuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus – masing-masing kekal dengan gred 54 dan 29.

Lihat Komen
ADS