Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan dua lelaki Afrika terbabit kes tipu
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 8:48 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Dua lelaki warga Afrika, yang diburu  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Daerah Seberang Perai Utara kerana terbabit dengan kes penipuan di Pulau Pinang, ditahan di Kepong di ibunegara malam tadi.
 
Kedua-dua suspek ditahan polis selepas gagal melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong, kata Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy.
 
"Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, polis terpaksa melepaskan tiga tembakan ke arah tayar kereta Perodua Myvi yang dinaiki suspek setelah kereta itu cuba melanggar anggota polis yang mahu menahan mereka.
 
"Akibatnya, kereta dinaiki suspek terbabas lalu melanggar tiga lagi kenderaan lain yang diparkir di kawasan pasar raya itu," katanya dalam kenyataan.
 
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Kepong untuk siasatan lanjut.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS