Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizalman mengaku tak bersalah tuduhan cabul
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 11:12 AM
Dikemaskini: 6:41 AM

Bekas pegawai atase pertahanan Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail mengaku tidak bersalah di mahkamah New Zealand atas satu tuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita.

Portal berita tempatan negara itu, stuff.co.nz melaporkan, bekas pegawai di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington muncul di Makhamah Daerah Wellington hari ini dan meminta dibicarakan.

Beliau didakwa menyerang dengan niat melakukan pencabulan seks dan pecah rumah.

Warga Malaysia berusia 38 tahun itu, yang kini bebas dengan jaminan, diekstradisi ke New Zealand untuk menghadapi tuduhan selepas kemelut diplomatik yang menyebabkan beliau meninggalkan negara itu pada 22 Mei dengan kekebalan diplomatik.

Laporan New Zealand Herald menyebut, beliau ditetapkan untuk hadir ke mahkamah semula pada 19 Februari.

Menurut laporan media, beliau telahpun menyerahkan pasport dan diletakkan bawah perintah berkurung bermula 7 malam hingga 7 pagi, dan dilarang daripada menghubungi pengadu.

Beliau juga dihalang daripada memasuki satu lorong di kota tersebut, dan juga dua lagi kawasan di Wellington.

Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley di kediaman wanita itu pada 9 Mei lalu di ibu negara New Zealand.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS