Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 pegawai imigresen didakwa bunuh warga Bangladesh
Diterbitkan:  Nov 21, 2014 12:12 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kangar hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh semasa dalam tahanan pada 29 Oktober lepas.
 
Mohd Aminnudin Mohd Yasin, 32, dan Zuhairul Effendy Zualkafli, 32, dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Abu Bakar Siddiqe, 45 tahun, antara pukul 10 dan 11 malam 29 Oktober, di Jabatan Imigresen Kangar.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan. 
 
Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri menetapkan 12 Disember untuk sebutan semula kes itu.
 
Ketua Unit Timbalan Pendakwa Raya Perlis, Badius Zaman Ahmad mengendalikan pendakwaan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Rahamathullah Baharudeen.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS