Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Petisyen untuk memansuhkan Akta Hasutan yang diserahkan kepada Parlimen minggu lalu, telah ditolak oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana alasan teknikal.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa ada di antara 3,005 pempetisyen tidak menurunkan tandatangan atau cap jari dalam petisyen itu.

Beliau juga berkata bahawa isu sama ada akta itu perlu dimansuhkan sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan dan petisyen seumpama itu hanya melibatkan isu yang "terlepas pandang" oleh kerajaan.

"Pendirian kerajaan telah dijelaskan dan isu ini telah dijawab," katanya.

Petisyen itu menggesa supaya akta tersebut dimansuhkan serta merta.

Bagaimanapun, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mencadangkan supaya petisyen itu sekurang-kurangnya dibenarkan untuk dibentangkan dalam Dewan, tetapi Pandikar menolaknya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS