Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengurus didakwa palsu slip SPM anak Ridhuan Tee
Diterbitkan:  Nov 25, 2014 10:00 AM
Dikemaskini: 2:11 AM

Seorang pengurus syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan rekod salinan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk milik anak seorang penceramah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee.

    

Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.

    

Dia didakwa melakukan pemalsuan rekod salinan slip SPM milik Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Puteri Sabrina Shazlin Roslan dan Dhuratul Ain Radzali dengan niat supaya rekod itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

    

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di ibunegara antara jam 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.

    

Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawahukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.

    

Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember untuk sebutan kes.

- Bernama

Lihat Komen
ADS