Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paip air bocor, urusan JPJ terganggu
Diterbitkan:  Nov 26, 2014 7:39 AM
Dikemaskini: Nov 26, 2014 4:23 AM

Semua transaksi di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, Cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) mengalami gangguan bermula 4.30 petang semalam.
 
Dalam satu kenyataan, JPJ berkata ini berikutan kerja-kerja pembangunan sekitar bangunan Pusat Data JPJ Cyberjaya yang mengakibatkan masalah kebocoran paip air. 
 
Berikutan daripada masalah tersebut, JPJ berkata 'chilled water' bagi tujuan penyejukan Bilik Mainframe Sistem Komputer JPJ (MySIKAP) tidak dapat dibekalkan dan menyebabkan ia mengalami peningkatan suhu bilik yang mendadak.  
 
“Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan masalah kerosakan yang lebih besar kepada semua alat peranti tersebut, sistem komputer MySIKAP terpaksa dihentikan sehingga masalah tersebut dibaikpulih,” katanya. 
 
JPJ memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berkaitan gangguan perkhidmatan ini. 
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS