Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kelibat personaliti media dan ikon tatarias lelaki, Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan pada perhimpunan agung Pemuda Umno hari ini mencuri perhatian sebilangan perwakilan.

Ditemui Malaysiakini di kafe Riverside PWTC, Wak Doyok berkata beliau hadir sebagai untuk mendengar secara langsung ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Umur kami tidak jauh sang jadi saya rasakan kehendak dan aspirasi kami juga tak jauh sangat," katanya personaliti berusia 34 tahun ini kepada Malaysiakini .

Beliau yang baru sahaja menjadi ahli Umno cawangan Taman Tun Dr Ismail itu mengaku hadir atas jemputan pengerusi biro media baru Pemuda Umno, Ibdillah Ishak.

Beliau juga secara terbuka berharap agar golongan muda kembali berminat menyertai Umno.

"Kebanyakan Gen Y mereka kurang berminat dengan Umno jadi kita nak tarik balik supaya mereka dekat dengan Umno," katanya.

Ditanya jika kehadirannya akan mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya, Wak Doyok menjelaskan yang beliau adalah "hak masyarakat," dan turut memenuhi jemputan parti lain yang berminat mendapatkan khidmat nasihat tata rias lelaki darinya.

"Saya ada juga parti-parti lain panggil. Saya hak masyarakat. Mereka perlukan saya, saya bantu.

"Itu pandangan mereka. Fesyen saya sebelum ini pun ada yang tak suka," katanya.

Lihat Komen
ADS