Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira kerana tuntutan pergerakan itu agar diperuntukkan jawatan naib presiden parti mendapat perhatian pucuk pimpinan tanpa perlu melakukan protes jalanan.

"Yang cantik, yang indahnya perjuangan dalam Umno  ini kita tak perlu turun ke jalan raya, atau membakar bra kita contohnya.

"Kalau dulu, kita kena buat macam-macam untuk mendapat keadilan buat wanita.

"Dalam Umno tak payah. Kita cuma perjuangkan secara berhemah dan beradab," katanya sewaktu ditemui wartawan pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Najib terdahulu, yang akan mempertimbang untuk memperuntukkan satu kerusi naib presiden Umno buat Wanita Umno.

Jelasnya, beliau akan berunding dengan semua pihak dalam parti bagi mewujudkan jawatan naib presiden khusus kepada Wanita Umno.

Tambahnya, jawatan kepada Wanita itu turut diperluaskan di peringkat bahagian dengan memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian kepada Wanita.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Umno ke-65 di PWTC pagi ini.

Lihat Komen
ADS