Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk mengekalkan Akta Hasutan semalam sebagai tepat pada masanya.

Ini kerana, kata bekas menteri kewangan itu, keadaan sekarang berlaku situasi sorong tarik melibatkan perkara-perkara sensitif dalam negara.

“Keadaan kini seperti yoyo. Orang ambil kesempatan dalam isu sensitif berkenaan perkauman, isu agama.

“Kini masa yang tepat untuk kerajaan untuk hentikan perkara mengarut ini,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Najib hari ini.

Lihat Komen
ADS