Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang MP BN, Datuk Raime Unggi mendakwa kem Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak henti-henti mengemukakan tawaran selepas pilihan raya umum 2008 hingga perkara itu dibincangkan oleh MP BN Sabah beberapa kali.

Raime, 44, berkata pada awalnya, MP Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, yang disifatkan sebagai ketuanya, pada mulanya mendedahkan bahawa tawaran itu dibuat semasa sekumpulan MP BN Sabah bertemu di Le Meridien Kota Kinabalu.

"Di situ, saya dapat tahu daripada (MP Beluran, Datuk) Ronald Kiandee, yang hadir, bahawa beliau ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada pembangkang.

"Bagaimanapun, Anifah memutuskan sebaliknya – bahawa kita tidak harus menerimanya dan kami semua setuju.

“Namun, tawaran itu tidak henti-henti dan kami (Anifah, Ronald dan Raime) berlepas untuk membincangkan perkara itu lagi di Macau,” katanya kepada mahkamah.

Raime memberi keterangan semasa disoal balas oleh peguam Anwar, Razlan Hadri Zulkifli.

 

Bagaimanapun, Anifah yang juga menteri luar memberitahu mahkamah semalam bahawa tawaran awam daripada Anwar dibuat ketika ketua pembangkang itu membuat panggilan padanya sekembalinya dari Macau.

Anwar mengemukakan saman RM100 juta ke atas Anifah atas kenyataan fitnah yang dibuat semasa sidang media di Washington DC dengan setiausaha negara AS, Hillary Clinton pada Mei 2009.

 

Dalam sidang media itu, Anifah mendakwa ketua pembangkang tersebut cuba membayar kepada beberapa MP Sabah untuk berpaling tadah.

Anifah juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya berjaya mempengaruhi MP BN lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS