Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tebing runtuh akibat hujan lebat
Diterbitkan:  Nov 29, 2014 3:20 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Hujan lebat berpanjangan sekitar Seremban sejak seminggu lepas menyebabkan beberapa tebing di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS), runtuh.
 
Yang Dipertua MPS Datuk Abd. Halim Abd Latif berkata kejadian runtuhan terbaru dilaporkan membabitkan sebahagian tebing hadapan di Menara Zurich Jalan Lintang dan beberapa kawasan perumahan sekitar Seremban serta pusat beli belah Kemayan Square, di Seremban.
 
"Saya telah mengarahkan kontraktor yang dilantik membaik pulih tebing di Menara Zurich itu agar keselamatan orang ramai terjamin dan tidak membahayakan pengguna jalan raya di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama.
 
Katanya, MPS akan mengesan pemilik tanah berkenaan untuk kebenaran membina longkang kerana dimaklumkan bahawa limpahan air hujan datang dari bukit di kawasan berdekatan.
 
Abd Halim turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat aduan kepada MPS sekiranya mengesan tanda-tanda awal akan berlaku tebing runtuh di sesuatu kawasan agar tindakan lanjut boleh diambil segera. 
 
Beliau berkata MPS turut bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya bagi proses pemantauan dan membaik pulih kawasan terjejas runtuhan.
 
Dalam kejadian tanah runtuh Rabu lepas, seramai 17 penduduk daripada enam keluarga Rumah Rakyat Kampung Panchor di Seremban telah berpindah ke kawasan selamat.
 
- Bernama
 

Lihat Komen
ADS