Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang perwakilan di Perhimpunan Agung Umno hari ini memberi amaran bahawa amalan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan merosakkan hubungan keluarga di negara ini.

Wakil Selangor, Datuk Ismail Kijo membangkitkan bahawa anggota keluarga pasti sukar menerima anak dari golongan LGBT.

"Dia nak bawa bakal isteri dia. Mak dia kata, kata nak bawa bakal menantu. Rupanya dia bawa yang ada misai yang lebih lebat daripada (pengerusi biro pendidikan Umno) Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

"Bakal isteri dia (pasangan gay) lebih hebat daripada dia,"

"Ini yang kita tidak mahu LGBT," katanya yang turut menggesa perwakilan merenung kisah dan balasan seksaan terhadap kaum Nabi Luth di negara Sodom.

Katanya, masyarakat Melayu yang mempraktikkan amalan perkahwinan sejenis mungkin akan turut dibinasakan oleh Allah kerana menyalahi fitrah manusia.

Lihat Komen
ADS