Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, jawatan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kekal seorang buat masa ini, walaupun DAP menuntut satu lagi jawatan sama diperkenal.

Ia akan digalas oleh ADUN PAS Mohd Shafie Ngah sahaja sementara menunggu perbincangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

"Perbincangan belum ada. Jadi kekal satu (timbalan speaker)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

Ketika ditanya, bila perbincangan itu akan diadakan, ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata "belum ada tarikh."

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menuntut jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia di DUN minggu lalu.

Tony menuntutnya atas alasan kesetiaan DAP kepada Pakatan semasa krisis menteri besar berlaku.

Lihat Komen
ADS