Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Laporan audit yang dibentangkan berhubung pampasan bernilai RM2.6 juta kepada kakitangan bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapati, berlaku kesalahan dari segi tatacara dan prosedur bagi pembayaran itu.

Laporan juga memberitahu, berlaku lebihan pembayaran kepada dua bekas kakitangan Khalid iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

Laporan yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyebut, semakan mendapati, Faekah sepatutnya menerima jumlah pampasan bagi perkhidmatan selama 12 bulan 23 hari dan bukan 51 bulan.

Bagi Mustapha, beliau pula perlu menerima wang pampasan bagi jumlah perkhidmatan selama 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

Perkara lain diketengahkan dalam laporan audit itu antaranya:

  1. Notis perincian bayaran pampasan dan bayaran ganti dibuat pada 22 September 2014, walaupun tarikh penamatan kontrak berkuatkuasa pada 23 September 2014.

 

  • Kelulusan pembayaran pampasan tidak dikemukakan kembali kepada lembaga pengarah MBI untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan.
  •  

  • Mesyuarat lembaga pengarah MBI pada 25 Ogos 2014 hanya memberi kelulusan dasar mengenai cadangan pembayaran ganti notis dan pelaksanaan pemberhentian secara sukarela (VSS).
  •  

  • Mesyuarat pada 25 Ogos 2014 juga mengesyorkan supaya dikemukakan beberapa opsyen bagi tujuan perkiraan dan pelaksanaan skim VSS tetapi tidak memberi sebarang kelulusan berbentuk terbuka ( open blanket ).
  •  

  • Ahli-ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk Khalid, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad selepas 25 Ogos 2014 bagi pelaksanaan pembayaran yang telah dibuat kepada lapan kakitangan dan pegawai terlibat.
  •  

  • Memo oleh Faekah kepada Khalid bertarikh 20 September 2014 tidak menyertakan implikasi kewangan ke atas cadangan yang dikemukakan untuk pertimbangan sewajarnya oleh Khalid.
  • Lihat Komen
    ADS