Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB T'ganu nafi syarikat China terlibat
Diterbitkan:  Dec 3, 2014 10:48 PM
Dikemaskini: 2:59 PM

Kerajaan Negeri Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung perlombongan bijih besi oleh syarikat China di Bukit Besi, Dungun.

Surat itu diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk dipanjangkan kepada Wisma Putra bagi menafikan penglibatan syarikat itu – CAA Resources dalam aktiviti perlombongan berkenaan.  

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu dipanjangkan ke Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra kerana ia melibatkan isu diplomatik.

"Sebelum ini pihak istana pun dah buat sidang media khas mengenai perkara ini, jadi, kedua-duanya dah jelas pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu.

Baru-baru ini, Dewan Pangkuan Diraja Terengganu menafikan ahlinya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran 'Datuk' di Terengganu.

Dewan itu memberitahu, siasatan mendapati dakwaan dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bernama Li Yang dalam sebuah akhbar antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 23 November lepas telah mengkaji dan meneliti dakwaan-dakwaan individu terbabit.

Dakwaan itu dipetik dalam akhbar The New York Times bertarikh 19 November dan Utusan Malaysia bertarikh 22 Nov yang antara lain mendakwa telah membayar AS$100,000 (RM344,349) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mendapat gelaran Datuk.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk membekukan sebahagian tanah di kawasan Bukit Besi untuk disimpan sebagai warisan negeri Terengganu.

"Kita akan simpan sebahagian kawasan yang didapati ada peninggalan sejarah dan berkait rapat dengan industri di Bukit Besi suatu masa dulu," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS