Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bahawa seluruh rakyat Malaysia berikrar menyokong kempen membebaskan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis - yang juga dikenali sebagai al-Quds - daripada terus diduduki tentera rejim Zionis.

"Kami rakyat Malaysia hidup dalam sebuah masyarakat plural. Kami kerajaan Malaysia di sini untuk menyokong anda.

"Kami rakyat Malaysia menyokong al-Quds dan saya mewakili seluruh rakyat Malaysia (ikrar) untuk menyokong al-Quds," kata Zahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu melancarkan Kempen Global Selamatkan Al-Quds di Putrajaya, tengah hari ini.

Menurut Zahid, Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya tentang isu Palestin di peringkat antarabangsa menerusi platform Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Peluang Malaysia menyuarakan pendiriannya akan diketengahkan dalam Majlis Keselamatan PBB setelah Malaysia mendapat kepercayaan menjadi anggota tidak tetap baru-baru ini," katanya.

Kempen Global Selamatkan al-Quds digerakkan oleh Yayasan al-Quds Malaysia.

Ia bertujuan mendedahkan rakyat Malaysia kepada keadaan kritikal yang kini menyelubungi al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, mengumpul bantuan kewangan dan menghentikan proses menukar al-Quds untuk menjadi penempatan Zionis.

Lihat Komen
ADS