Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Berambuslah Ali, jangan pulang lagi
Diterbitkan:  Dec 9, 2014 1:58 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

“Baguslah berambus. Jangan pulang lagi.”

Begitu reaksi keras Menteri Belia dan Sukan Khairi Jamaluddin ( bawah ) terhadap aktivis kontroversi Ali Abdul Jalil yang terus mengkritik keras kerajaan dan sistem monarki selepas passportnya dibatalkan.

Ali dalam Facebook beliau sebelum ini memuatkan memuat naik gambar kad suaka yang diperolehnya daripada Sweeden setelah lari ke negara itu ketika disiasat menghasut di Malaysia.

“Sekarang aku pegang kad suaka, bawah undang undang PBB dan perjanjian Dublin (perjanjian suaka).

“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangsat kerajaan Umno...,” tulisnya.

Beliau juga terus mengkritik kerajaan pimpinan Umno dan pengaruh institusi monarki di negara ini.

Lihat Komen
ADS