Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Zahid bohong tentang ekstradisi
Diterbitkan:  Dec 10, 2014 12:42 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi diminta berhenti berbohong berhubung perjanjian penghantaran pulang dengan Amerika Syarikat (AS) melibatkan penulis blog seks Alvin Tan.

Peguam terkenal PKR berkata Zahid “tidak jujur” apabila berkata tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi walaupun mempunyai perjanjian itu.

“Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik,” kata Latheefa.

Justeru, katanya, kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permohonan itu jika dibuat.

Zahid semalam dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee lari ke AS bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia setelah mencetuskan kontroversi demi kontroversi.

Selain Tan, aktivis Ali Jali pula mendapat suaka di Sweden setelah dituduh menghasut dengan menghina institusi raja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS