Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka (PPCPM) mendakwa Jabatan Pendidikan negeri meminta semua sekolah-sekolah Cina menambah tulisan Jawi di papan tanda mereka.

Notis daripada Bahagian Pendidikan Islam kepada pengetua dan guru-guru besar di Melaka itu meminta “melaksanakan tulisan jawi” itu di semua sekolah rendah dan menengah.

Notis bertarikh 2 November itu menyebut, kerajaan negeri dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISSM) melancarkan pelaksanaan penggunaan Jawi di semua agensi dan badan bawah persekutuan dan negeri, termasuk institut pengajian.

Ia memberikan alasan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu (tulisan rumi dan Jawi) sebagai bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, PPCPM mendakwa menerima aduan daripada jawatankuasa sekolah-sekolah Cina bahawa jabatan itu mahukan tulisan Jawi digunakan di papan tanda sekolah.

Presidennya Yang Yin Chong berkata, harta benda sekolah Cina milik mereka dan sekolah Cina telah pun menggunakan bahasa Melayu.

Beliau juga berhujah tulisan Jawi bukan bentuk rasmi tulisan yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Tak wajib, kata ISMMA

Sementara itu, ISMMA menjelaskan penggunaan tulisan Jawi terhadap papan tanda itu sebenarnya tidak diwajibkan, sebaliknya hanya “digalakkan”.

“Kami hanya menggalakkan. Ia bukan wajib,” kata pengurus ISMMA Mohd Nasruddin Abd Rahman ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS