Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat boleh dipertingkatkan.

“Ada kenyataan bahawa Pakatan harus lebih kerap bermesyuarat dan ini mungkin lebih disasarkan pada PAS.

“Perhubungan masih berjalan antara PKR dan DAP, termasuk juga PAS, di tahap bawah presiden.

"Saya percaya ia masih boleh diperbaiki,” kata Wan Azizah dalam sidang media hari ini.

Beliau ditanya berhubung kenyataan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebelum ini yang meragui gabungan Pakatan akan bertahan sehingga pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kit Siang juga sebelum ini mengakui terdapat perkara tidak kena apabila mereka tidak bermesyuarat hampir setengah tahun.

Kit Siang sebelum ini tidak terlibat dalam pertelingkahan ketika setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga anaknya, mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal hadir ke mesyuarat Pakatan.

Di tengah-tengah desakan itu, Hadi berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan dan tidak perlu diminta.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS